06 February, 2010

cinta




sabda Rasulullah: "Wanita itu dinikahi kerana empat sifat: kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Kahwinilah wanita yang baik penghayatan agamanya, sudah tentu engkau akan mendapat ketenteraman.

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam dan cuping telinga berlubang besar yang baik penghayatan agamanya lebih baik dikahwini
al-Quran surah al-Baqarah ayat 221, bermaksud: "Janganlah kamu berkahwin dengan wanita-wanita musyrik sehinggalah mereka beriman. Dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman adalah lebih baik daripada wanita musyrik sekalipun ia menarik hati kamu."

cinta itu amanah Allah dan amanah adalah sesuatu yang paling berat. Bertuahlah andai jatuh cinta dan dicintai. Jauhilah segala yang haram kerana cinta itu benih-benih untuk membina ummah. kalau sayangkan agama, cintakan Allah,jauhkan cintamu dari maksiat, memang payah kerana aku jua selalu tewas kerana ada cinta yang sudah jadi panahan iblis. Maka, sentuh tak berdua-duan tak perbuat sesuatu yang datangkan fitnah tak ape kalau cintakan Rasulullah,ikutlah kata baginda, sulamlah cinta dengan ijab dan kabul. Kalau cinta, ikrarlah bahawa aku akan bawa dia ke syurga bersamaku. Maka, untuk ke syurga itu ada pelbagai syarat.

ikutlah sebaik mungkin. Pedih hati, calar jiwa bila lihat orang yang dicintai menjauhi landasan Allah. Itulah sebenar cint awalaupun hampa! Cinta itu penyelamat. Jadilah kamu tangan-tangan yang menarik dia ke jannah, jangan jadi tangan-tangan menolak dia ke neraka jahanam. Org bercinta selalu kata "love u forever" tapi, perbuatan bagai hanya menggilai cinta dunia, kalau selamanya maknanya kita akan bersama sampai ke syurga.

"andai aku ke syurga, akan kupinta kau bersamaku. Takkan kulakukan yang mengheretmu ke neraka. Aku ikrar kerana CINTA"

Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)

05 February, 2010

04 February, 2010




BAHTERA SEM 1